Thursday 15 March 2012

UEFA 2012: CHELSEA MARA KE SUKU AKHIR


Chelsea berjaya mara ke pusingan suku akhir selepas berjaya menewaskan Napoli 4-1 di Stamford Bridge dengan kedudukan agregat 5-4. Chelsea adalah pasukan tunggal dari negara England berjaya mara selepas Manchester Utd, Manchester City dan Arsenal tersingkir di peringkat pusingan.



Chelsea membuka jaringan pembukaan oleh D.Drogba pada minit ke 29. Berkesudahan Chelsea mengatasi Napoli 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, kapten pasukan J.Terry berjaya menambah jaringan gol pada minit ke 48 apabila mudah menanduk bola ke dalam pintu gol Napoli hasil daripada sepakan sudut. 8 minit kemudian Napoli cuba mengatasi Chelsea selepas G.Inler melepaskan percubaan jarak jauh terus ke dalam pintu gol Chelsea. Chelsea sekali lagi menyekat kemaraan Napoli apabila F.Lampard berjaya menyempurnakan sepakan penalti.

30 minit masa bersambung selepas kedua-dua pasukan seri 4-4 secara agregat. Pada minit ke 105 B.Ivanovic terpaksa menutup mulut penyokong Napoli di Stamford Bridge. Chelsea bertahan sehingga wisel penamat ditiupkan dan berkesudahan dengan keputusan agregat 5-4. Chelsea akan mara ke pusingan suku akhir pada 27 Mac nanti.

Pasukan yang berjaya ke pusingan suku akhir:
--Benfica
--AC Milan
--APOEL
--Barcalona
--Marseille
--Bayern Munich
--Real Madrid
--Chelsea

No comments:

Post a Comment