Sunday 26 February 2012

STADIUM BOLA SEPAK PERTAMA DI MALAYSIA MENJADI KENYATAAN

Harapan KAFA dan seluruh penyokong setia The Red Warriors bakal menjadi kenyataan apabila memasuki peringkat awal perjanjian yang melibatkan KAFA, KONTRAKTOR PEMAJU DAN DYMM SULTAN MUHAMMAD KE V  unttk membina sebuah stadium bola sepak di negeri Kelantan.

LAKARAN DARI HADAPAN STADIUM
LAKARAN DARI ATAS STADIUM

LAKARAN DARI DALAM STADIUM
Menjunjung kasih ke bawah DYMM Sultan Muhammad ke V di atas sumbangan mempercepatkan proses realisasi pembangunan stadium yang menjadi idaman seluruh rakyat di negeri kelantan. Semoga tiada kekangan dalam proses pembinaan stadium bola sepak pertama di negara ini di negeri cik siti wan kembang.

Dari laman sosial facebook presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, "hari ini syarikat yang mendapat perkenan DYMM Al Sultan untuk memajukan tanah raja Tunjung mengumumkan pembinaan "BANDAR DIRAJA TUNJUNG" dan  sebahagian darnya menjadi tapak baru stadium sultan muhamad V yang diberi jolokan "The Fortress"..Stadium yang dibina khusus untuk bola sepak sahaja ini mempunyai ciri-ciri canggih termasuk ianya boleh bertukar corak dan warna menggunakan lighting effect, mempunyai ruang solat di empat penjuru, menemparkan HALL OF FAME AND TROPHY ROOM serta TRW MEGAMALL. Ia akan di urus sendiri oleh TRW..kapasiti tempat duduk berbumbung serta bernombor ialah 30,000"

name stadium : SULTAN MUHAMAD V
nama gelaran : THE FORTRESS
kapasiti : 30k
tempat : TUNJUNG, KOTA BHARU, KELANTAN

No comments:

Post a Comment