Sunday 26 February 2012

Kelantan Bangkit menentang SAF FC.

Kelantan FA (the red warriors) bangkit dari ketinggalan 0-1 sebelum menewaskan Singapore Armed Force FC 2-1 dalam perlawanan persahabatan kelab antarabangsa di stadium keramat SSMK IV,Kota Bharu, malam tadi.


SAF FC berjaya mendahului Kelantan melalui  pada minit ke 19 apabila Seiji Sato berjaya menanduk bola daripada sepakan percuma di luar kotak penalti.



Bersambung pada babak kedua, ketua pasukan Mohd Badri Radzi menjadi penyelamat kepada pasukan Kelantan apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 47 melalui sepakan percuma. Pada minit ke 64 ketua pasukan sekali lagi berjaya menjaringkan gol untuk mendahului pasukan pelawat.

Kelantan bermain tanpa ketua jurulatih Peter James Butler kerana dikhabarkan terpaksa berehat.

KESEBELASAN UTAMA :

KELANTAN FA : SIDEK SAMSUDDIN
Shahrizan Ismail (GK),Obinna, Mohd Farisham Ismail, Mohamad Ramzul Zahini, Mohd Norfarhan, Nurul Azwan Roya, Indra Putra Mahiyuddin, MOhd Daudsu Jamaluddin, MOhd Badri Radzi(KP), Rizal Fahmi Rosid dan Zairul Fitree.

SIN-SAF FC : BOK KOK CHUAN
Zulfadli Zainal, Razaleigh Khalik(KP), Mohd NOh Rahman, Bah Mamadou, Tatsuro Inui,Seiji Saito, Erwan Gunawan, Shahril Jantan (GK), Shukor Zailan, Hafsyar Farkhand dan Eddie Afendy Chang.

No comments:

Post a Comment