Monday 2 April 2012

SAFEE SALI CERAI ISTERINYA TALAK SATU

SHAH ALAM - Pemain bola sepak terkenal negara, Safee Sali menceraikan isterinya Sabrina Yusof talak satu, hari ini.

Selasa lalu, Safee membuat keputusan mahu menyelesaikan tuntutan perintah kembali taat ke atas Sabrina di luar mahkamah.

Safee atau nama sebenarnya Mohd Safee Mohd Sali, 28 menfailkan permohonan terhadap isterinya agar kembali taat pada November lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nur Syaza Syaqina, 3 dan Nursyasya Safirna, 1.

credit : NORAWAZNI YUSOFF - SINAR HARIAN

No comments:

Post a Comment