Tuesday 6 March 2012

KELANTAN TIADA MASALAH DI KEJOHANAN KONFEDERASI BOLASEPAK ASIA (AFC)

kumpulan H
Kecederaan beberapa tonggak utama pasukan Kelantan seperti Nurshahrul Idlan Talaha, Azizi, Aziz, Subramaniam dan Indra Putra Mahayuddin mungkin sedikit terjejas untuk menghadapi perlawanan pertama dalam Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC CUP). Kelantan yang diundi dalam kumpulan H bersama kelab Navibank Saigon (Vietnam), Arema (Indonesia), dan Ayewady United (Myammar).


Kelantan bakal menentang kelab NaviBank Saigon di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam esok. Bojan Hodak ketua jurulatih Kelantan selepas Peter James Butler dilucutkan jawatan menaruh harapan besar kepada pemain import (Ghaddar,Antwi,Obinna,Nwoha) Kelantan untuk membolosi kubu lawan. Menurut sumber, kemungkinan Ghaddar dan Antwi akan berganding buat pertama kalinya pada malam esok.

Kecederaan beberapa tonggak utama tidak memberi sedikit tekanan kepada Kelantan untuk menjejak langkah rakan senegara, Terengganu apabila berjaya mendapat kemenangan pertama, petang tadi. Daudsu pula diberi rehat akibat kemalangan(semalan) tetapi tiada sebarang kecederaan.

Kali terakhir Kelantan berjaya menewaskan Negeri Sembilan di gelanggang sendiri 2-1 dalam liga super masih tidak memberi kepuasan kepada Bojan untuk menang pada malam esok menentang  Navibank Saigon. Bojan menaruh harapan agar kesemua pemain memberi aksi yang terbaik pada malam esok.

Barisan Ramalan Kelantan :

Khairul Fahmi
Zamri---Obinna---Farisham----Ropi
Chanturu---Syakir---Piya---Azwan Roya
Ghaddar---Antwi

p/s : jangan lupa tekan button share yee...blog baru..perlu bantuan anda untuk sebar.. :)





No comments:

Post a Comment