Tuesday 6 March 2012

GUARDIOLA KE CHELSEA, MOURINHO KE BARCALONA?


Pemecatan Andre Villas-Boas sebagai ketua jurulatih di Chelsea sekaligus menghangatkan lagi rumours siapakah yang akan menggantikan kekosongan jawatan ini. Nama-nama besar seperti Jose Mourinho dan Pep Guardiola mula disebut untuk tiba di Stamfod Bridge menggantikan kekosongan ini.

David James mempunyai prediksi soal siapa yang akan mengisi kerusi panas ini. Bekas penjaga gol England ini berkata bahawa Pep Guardiola jurulatih Barcalona adalah calon paling kuat yang akan datang ke Chelsea untuk memikul tangungjawab baru di Stamford Bridge. Jurulatih Barcalona itu akan berhijrah ke Chelsea setelah tugasnya di Barcalona selesai sehingga habis  musim ini.

"Pep Guardiola akan menjadi jurulatih pertama yang mempertahankan juara liga. Lalu, dia kemudian bergabung dengan Chelsea dengan mengajak Lionel Messi bersamanya." kata James yang kini memperkuat kelab Bristol City.

p/s: kejap Mourinho, kejap Guardiola.....pening-pening......

No comments:

Post a Comment