Sunday 4 March 2012

ZAKARIA CHARARA DILAMAR STOKE CITY

Zakaria Charara pemain import Kelantan yang dipinjamkan kepada skuad warga kota Kuala Lumpur musim ini terpaksa melupakan hasratnya untuk bersama kelab di Liga Perdana Inggeris (EPL), Stoke City. Jika ranking negaranya, Lubnan menduduki kelompok 70 negara terbaik ranking badan induk bola sepak antarabangsa FIFA, beliau kini mungkin sudah mencipta nama di Stoke City.

Kelab itu (Stoke City) pernah menawarkan kepada Zakaria untuk beraksi bersama kelab itu tanpa diuji. Namun peluang yang yang terhidang itu terpaksa dilupakan begitu sahaja kerana negaranya tidak menepati syarat tunggal ditetapkan Persatuan Bola Sepak (FA) Ingeris terhadap mana-mana pemain import.

"Mereka terus menawarkan kontrak tanpa mahu menguji saya terlebih dahulu selain menawarkan gaji yang lumayan. Tetapi saya terpaksa melupakannya, " katanya. 

Zakaria memberitahu kini dia lebih selesa bermain bersama skuad warga kota, Kuala Lumpur yang dipinjamkan oleh Kelantan jua ditemani seorang lagi pemain import Kelantan, Emmanuel Okine.

"Pada awalnya saya berasa amat malu, bagaimana saya boleh beraksi dengan pasukan yang menduduki kelompok bawah liga sedangkan saya tahu kemampuan sebenar diri saya".

Bagi Zakaria, berhijrah ke Malaysia seolah-olah memberi harapan kepadanya dan dia mahu menjadikan Liga Super sebagai pentas untuknya cuba kembali memikat kelab gergasi.

kredit : Metro (Arena)

Kongsi artikel ini..tekan button share.. :)

No comments:

Post a Comment