Tuesday 28 February 2012

KELANTAN PECAT PETER JAMES BUTLER


Kebelakangan ini, pasukan Kelantan telah melalui perlbagai kontrovesi panas sehingga sedikit menjejaskan pasukan dan skuad. Keputusan telah dibuat, ketua jurulatih Kelantan yang berasal dari England, Peter James Butler akhirnya ditamatkan kontrak serta merta oleh KAFA, tengah hari tadi. Dalam satu mesyuarat khas yang diadakan di Kota Bharu, KAFA terpaksa mengambil tindakan tegas selepas jurulatih itu dikhabarkan terus berkeras untuk tidak tunduk pada desakan pihak persatuan.


"Kontrak saya ditamatkan hari ini oleh KAFA. Malang sekali tetapi inilah kenyataannya. Saya tidak boleh memberitahu apa yang dipersetujui dengan Kelantan FA. Tetapi apa yang pasti ia bukan kerana wang tetapi ini untuk apa yang terbaik buat saya dan masa depan saya. Tahun ini merupakan kali kedua sebagai jurulatih akui kecewa dengan papa yang berlaku tetapi saya menerimanya dengan baik." Peter James Butler.

"Saya sangat kecewa kerana saya telah melakukan segalanya untuk pasukan Kelantan"

"Saya berharap penyokong Kelantan akan terus menyokong Kelantan dan saya harap Kelantan akan terus berjaya..."

Butler akan menerima pampasan sebagaimana yang telah termaktub dalam kontrak yang ditandatangani oleh beliau semasa liga belum lagi bermula, beberapa bulan lepas.

Namun menjadi persoalan bagi semua penyokong bola sepak negeri ini mahupun pemain sendiri, sipakah akan mengganti kerusi panas ketua jurulatih Kelantan selepas Butler. Adakah Bojan Hodak akan mengisi tempat sebagai ketua jurulatih Kelantan sebelum piala AFC bermula pada 7 mac ini. Bojan Hodak sebelum ini telah dilantik oleh KAFA sebagai CEO baru ARMY menggantikan Sathianatan.

Bojan Hodak

Kredit : Support Malaysia League (MSL)

No comments:

Post a Comment