Friday 30 March 2012

KEITA MANDJOU SAH MILIK KELANTAN?

Persatuan Bola Sepak Kelantan KAFA dikhabarkan berjaya memancing khidmat bekas pemain import Perak musim 2004-2007, Keita Mandjou. Beliau yang kini beraksi dengan kelab Pune FC (india) itu difahamkan bakal mengikat kontrak untuk beraksi bersama Kelantan dalam baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Menurut sumber, kunjungan presiden Tan Sri Anuar Musa ke India sejak Ahda lalu dilihat satu usaha untuk membawa pemain berusia 32 tahun itu beraksi dengan Kelantan.

Khidmat Mandjou ditagih oleh pasukan negeri Kelantan ekoran jentera serangan yang kurang memuaskan bermula sejak awal musim lagi. Pembelian pemain import dari Lebanon, Ghaddar tidak membuahkan hasil walaupun mempunyai larian yang pantas dan mengawal bola dengan baik. Selain Ghaddar, beberapa tonggak serangan import Kelantan seperti Antwi dan Nwoha masih belum pasti samada kekal bersama pasukan sehingga April ini.

Seorang lagi pemain import Kelantan ialah bekas pemain kebangsaan Nigeria, Obinna Nwaneri yang beraksi di posisi pertahanan nampak lebih jelas akan kekal bersama Kelantan. Beliau mempunyai pengalaman yang luas mengawal bahagian pertahanan.

Sebelum ini, Keita Mandjou itu turut dikaitkan dengan perpindahan dengan pasukan lamanya, Perak yang juga akan menggunakan khidmat pemain itu pada perpindahan April ini. Semasa di Perak, beraski sebanyak 43 perlawanan, Mandjou dianggap salah seorang penyerang import paling menonjol apabila meledak 36 gol bersama pasukan Perak.

Selain pernah memenangi anugerah Kasut Emas pada musim 2005/2006 dengan 17 gol, Mandjou yang kini mewakili Pune FC turut menjaringkan 12 gol daripada 17 penampilannya bersama kelab yang kini menduduki tangga kelima daripada 14 pasukan dalam Liga India.

No comments:

Post a Comment