Monday 19 March 2012

FA CUP 2012 : TORRES MENGAMUK DI BRIDGE

menamatkan kemarau gol
19 mac - skuad bimbingan Roberto De Matteo hari ini (semalam) berjaya meneruskan rentak kemenangan 4 perlawanan berturut-turut. Hari ini (semalam) Chelsea berjaya mengalahkan Leicester City dalam kejohanan piala FA. Lebih menggemparkan lagi apabila penyerang Chelsea, Fernando Torres berjaya bangkit selepas dikecam hebat oleh peminat setelah hampir satu musim buntu mencari gol.

El-Nino (F.Torres) menjaringkan dua gol dan dua hantaran kepada rakan menyempurnakan gol untuk Chelsea berada dalam kedudukan yang selesa. Hari ini rata-rata peminat Chelsea di seluruh dunia meluahkan rasa bangga terhadap kebangkitan Torres di laman sosial Facebook dan Twitter. Pemain(Torres) itu hampir disingkirkan oleh kelab london itu ekoran daripada persembahan yangkurang memuaskan, tetapi hari ini (semalam) pengurus De Matteo memberi kepercayaan penuh kepada pemain itu untuk memenangi perlawanan itu. Chelsea berjaya layak ke pusingan seterusnya apabila berjaya mengalahkan Leicester City 5-2.

Chelsea menjadi kelab yang pertama berjaya layak ke pusingan separuh akhir yang akan berlangsung di stadium Wembley. Pengurus De Matteo selepas ini mungkin akan menjadikan Torres antara penyerang terbaik di Chelsea. Chelsea akan menentang Manchester City selepas ini dalam liga perdana inggeris.



Chelsea: 1 Petr Cech (c), 2 Branislav Ivanovic (4 David Luiz, 76), 9 Fernando Torres, 10 Juan Mata (15 Florent Malouda, 46), 12 Jon Obi Mikel, 16 Raul Meireles, 17 Jose Bosingwa, 21 Salomon Kalou (5 Michael Essien, 63), 23 Daniel Sturridge, 24 Gary Cahill, 34 Ryan Bertrand.

Simpanan yang tidak diturunkan: 40 Henrique Hilario, 8 Frank Lampard, 11 Didier Drogba, 19 Paulo Ferreira.

Leicester City: 1 Kasper Schmeichel, 3 Paul Koncheskey, 6 Souleymane Bamba, 7 Paul Gallagher (2 Lee Pelter, 43), 11 Lloyd Dyer, 12 Sean St Ledger (27 Jeffrey Schlupp, 63), 19 Richie Wellens (c) (22 Ben Marshall, 84), 20 Jermaine Beckford, 23 Neil Danns, 26 Wes Morgan, 35 David Nugent.

Simpanan yang tidak diturunkan: 31 Adam Smith, 9 Steve Howard, 30 Tom Kennedy, 37 Tom Hopper.

No comments:

Post a Comment