Tuesday 20 March 2012

AFC CUP 2012 : PENYU HADAPI LAWAN SUKAR (KITCHEE FC)

MAT ZAN (kiri) bersalaman dengan rakan sejawatnya dari
Kitchee FC, Gombau (dua dari kanan) selepas sidang media
di Kuala Terengganu, semalam menjelang pertemuan kejohanan
konfiderasi bola sepak asia (AFC 2012) ptang ini



Terengganu bakal menghadapi laluan sukar dalam kejohanan konfiderasi bolasepak asia 2012 apabila bakal menentang skuad dari Hong Kong, Kitchee FC pada petang ini. Kitchee FC juga kelab yang pernah mengadakan persahabatan dengan kelab Chelsea musim ini dijangka menyukarkan sang penyu untuk merobek gawang lawan.

Namun, berbekalkan kemenangan besar 6-3 ke atas Sabah dua hari lalu dalam liga super, keyakinan seratus peratus turut dilaungkan kesebelasan utama skuad penyu yang tekad memburu tiga mata penuh pada aksi yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, sekali gus merampas kedudukan kumpulan F.

Setakat ini Terengganu dan Kitchee FC berkongsi tiga mata selepas masing-masing mencatat kemenangan pada aksi pembukaan tiga minggu lalu, namun kelebihan masih memihak kepada kelab Hong Kong utu berdasarkan perbezaan jaringan.

Kitchee merupakan juara Liga Disvisen Satu Hong Kong memiliki senarai pemain terbaik termasuk lima pemain import dari Sepanyol diketuai penyerang sengsasinya, Jordi Tarres.

tiada siaran langsung!! 
kemungkinan ada siaran tertunda jam 9 malam di TV1





No comments:

Post a Comment